MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

KELUARGA Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari Bermula di pagi hari Sehingga malam nanti Ibu bapa yang disayangi Saya tetap berhati-hati Menjaga budi pekerti Keluarga saya yang dicintai Saya sayang ibu dan bapa Abang, kakak, adik dan saudara Mereka semua ada bersama Semasa saya memerlukan mereka Model Penceritaan 'Keluarga' ini mengisahkan tentang keluarga yang bahagia yang mempunyai sifat yang mulia yang diterapkan dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, mengisahkan tentang seorang anak yang suka membantu kedua ibu bapanya walaupun pertolongan yang dipinta bermula dari awal pagi sehingga larut malam. Kisah ini mengisahkan anak yang berasa berpuas hati apabila dapat memberikan pertolongan yang diperlukan oleh ibu bapanya. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa yang sentiasa menerapkan nilai murni dalam diri anak-anaknya untuk saling membantu antara satu sama lain. Selain itu juga, model penceritaan ini menceritakan bahawa seorang anak y...