BB,3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF. DR. NORMALIZA ABD RAHIM

CERITA SOSIAL 2- SAYA YANG ISTIMEWA


Cerita ini mengisahkan tentang seorang bapa Alim yang membawa pulang buah-buahan yang dibelinya dari pasar tani. Bapa Alim membeli pelbagai buah tempatan seperti buah manggis, buah durian, buah langsat, buah duku dan sebagainya. Bapa Alim membeli banyak buah-buahan kerana dia tahu ahli keluarganya gemar makan buah tempatan. Ibu Alim juga mengajar anak-anaknya supaya menjaga kebersihan selepas makan. Dalam cerita ini, ibu Alim menyediakan bakul sampah dan menyuruh anaknya supaya membuang sampah di tempat yang telah disediakan. Dalam cerita ini juga mengisahkan bahawa ibu bapa Alim sentiasa menasihatkan anak-anaknya untuk melalakukan kebaikan dengan berkongsi sesuatu dengan orang disekeliling. Misalnya, Alim yang memberi buah-buahan tempatan yang dibeli oleh bapanya kepada Sulaiman, jirannya yang baik. Alim berpuas hati dan tersenyum riang selepas memberi buah-buahan kepada jirannya. Hal ini dikatakan demikian kerana Alim memahami bahawa sifat berkongsi itu baik. Alim berjumpa Mak Cik Timah dan mengatakan jirannya semua baik. Walau bagaimanapun, Mak Cik Timah, jirannya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan untuk Alim sekeluarga.


Gambar diatas menunjukkan cerita sosial 2- saya yang istimewa. cerita ini telah saya petik dari buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi yang dikarang oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua. Salam sayang๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜Š

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri