BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Pengenalan Bab 2

Menulis cerita secara indidvidu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila  orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi menngelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Gambar: Rujukan 

Secara ringkasnya, menurut Normaliza Abd Rahim (204),  pelajar yang menulis mengenai dirinya secara individu akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap proses penulisannya. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar tersebut merasa rendah diri disebabkan penulisannya akan dibaca oleh khalayak. Sehubungan dengan itu, pelajar tersebut timbul perasaan malu, kurang keyakinan diri dan bersifat negatif terhadap penulisannya. Seterusnya, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), pelajar lebih fokus dan dapat menumpukan perhatiannya secara langsung di dalam kelas semasa proses pembelajaran bahasa dilaksanakan apabila adanya aktiviti yang melibatkan pelajar secara langsung. Secara tidak langsung pelajar dapat mempelajari bahasa dengan lebih baik dan dapat mengurangkan salah faham apabila bertutur antara satu sama lain semasa proses pembelajaran bahasa. Hal ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada kebosanan dan memberikan fokus terhadap pembelajaran. 

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri