BBM3410Satu2020:Cerita Sosial 1

Sinopsis:


Cerita ini mengisahkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Alim. Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk sebelah ibunya yang tinggal di Kajang, Selangor. Alim teruja untuk pulang ke kampung, kerana dia ingin bermain dengan ayam dan itik belaan nenek dan datuknya. Mereka tiba di kampung dengan perasaan yang gembira. Alim seorang kanak-kanak yang ceria tetapi setelah tibanya mereka di kampung, Alim menangis di tepi reban. Hal ini dikatakan demikian kerana, dia tidak dapat berjumpa dengan ayam dan itik belaan nenek dan datuk dan menganggap ayam dan itik telah mati. Alim seorang kanak-kanak yang mudah berubah emosi. Misalnya, selepas dia melihat ayam dan itik belaan nenek dan datuknya berada di reban baharu, emosinya terus berubah gembira. Alim seorang kanak-kanak yang tidak suka akan perubahan yang berlaku secara tiba-tiba tanpa dia ketahui. Misalnya, Alim menangis apabila melihat keadaan di dalam rumah nenek dan datuknya yang berbeza daripada biasa. Hal ini juga berlaku ketika Alim mencari ayam dan itik belaan nenek dan datuknya. Sikap Alim yang sebegitu membuatkan orang tuanya terpaksa memujuk Alim supaya tersenyum semula. Hal ini menyebabkan keluarga mereka menjadi lebih akrab. Kesimpulannya, kanak-kanak mempunyai emosi yang berbeza yang tidak sama seperti orang dewasa kerana kanak-kanak masih belum dapat menyesuaikan dan menstabilkan emosinya.

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT


Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri