BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog yang Baik:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang boleh menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka yang membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan  anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan pendidikan.
10. berilmu untuk penulisan pendidikan.

Perkara di atas merupakan 10 cara penulisan blog yang baik. Setiap penulis perlu menggunakan cara penulisan yang baik kerana dapat memberi impak kepada pembaca.  Penulis yang memasukkan tajuk utama akan mendapat perhatian pembaca terutama sekali bagi tajuk yang unik. Selain itu, cerita yang menarik juga dapat menarik perhatian pembaca. Sebagai contoh, cerita mengenai tempat pelancongan yang menarik. Penulisan blog yang baik juga menggalakkan supaya penulis menggunakan perkataan atau ayat humor yang berbentuk jenaka supaya dapat menjadikan sesebuah penulisan itu jauh lebih menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana, penulisan yang mempunyai ayat humor dapat menjadikan penulisan itu tidak kaku dan lebih kepada santai untuk pembaca yang gemar membaca bacaan yang kurang serius. Penulis juga perlu memastikan terdapat hujah yang terbaik bagi menghuraikan penulisan. Hal ini dikatakan demikian kerana pembaca lebih jelas dengan penulisan yang mempunyai hujah yang bernas. Penulisan yang baik juga mempunyai kaitannya dengan isu-isu terkini mengikut peredaran waktu. Sebagai contoh, penulisan mengenai kesihatan yang dapat dikaitkan dengan virus Corona yang berlaku baru-baru ini. Penulisan blog juga menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas untuk memudahkan pembaca memahami sesuatu penulisan itu. Penulisan yang baik semestinya dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang baik juga dapat berkomunikasi dengan pembaca. Misalnya, penulis dapat menyampaikan sesuatu kepada pembaca. Moral dan nilai estekia amat penting dalam penulisan pendidikan supaya pembaca dapat manfaat daripada penulisan tersebut. Akhir sekali, penulisan pendidikan perlu mempunyai ilmu yang dapat disampaikan kepada pembaca. Misalnya, cara menulis karangan yang mempunyai manfaat kepada pendidikan. Normaliza Abd Rahim (2014).

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT




Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri