MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

 KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Model Penceritaan 'Keluarga' ini mengisahkan tentang keluarga yang bahagia yang mempunyai sifat yang mulia yang diterapkan dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, mengisahkan tentang seorang anak yang suka membantu kedua ibu bapanya walaupun pertolongan yang dipinta bermula dari awal pagi sehingga larut malam. Kisah ini mengisahkan anak yang berasa berpuas hati apabila dapat memberikan pertolongan yang diperlukan oleh ibu bapanya. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa yang sentiasa menerapkan nilai murni dalam diri anak-anaknya untuk saling membantu antara satu sama lain.  Selain itu juga, model penceritaan ini menceritakan bahawa seorang anak yang sentiasa menjaga budi pekertinya kerana dia sayang akan keluarganya. Oleh itu, dia sentiasa berwaspada menjaga akhlaknya supaya tidak tercemar. Dia selalu menjaga maruah diri dan keluarganya terutama sekali apabila sudah meningkat dewasa dan jauh dengan ahli keluarga. Akhlak yang baik sentiasa ditonjolkan walau di mana-mana. Seterusnya, kisah ini memberikan gambaran bahawa anak tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarganya terutama dengan ibu ayah, kakak, abang, adik dan saudaranya. Hal ini dikatakan demikian kerana, dia amat memerlukan ahli keluarganya sentiasa. Tambahan pula, tanpa mereka sekeluarga siapalah dirinya. Ahli keluarga ialah darah daging yang sentiasa ada bersama dalam keadaan senang dan susah. Keluarga yang sentiasa menerapkan amalan mulia ialah keluarga yang bahagia.


Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri