BBM3410Satu2020:Asas Grafik

Proses Asas Grafik


Kumpulan 6 atau dikenali sebagai Citra Purnama Production telah membuat sesuatu tugasan, iaitu elemen asas grafik dengan menggunakan bahan-bahan seperti mounting board, reben, majalah lama, gam uhu stick, gunting dan alat keperluan untuk menghasilkan asas grafik. 

Terdapat lima elemen asas grafik yang telah dihasilkan oleh kumpulan Citra Purnama Production. Antaranya, elemen asas grafik mudah, teks, warna, keseimbangan, dan kesesuaian. Tugas telah dibahagikan secara adil kepada ahli kumpulan, antaranya menggunting, menampal, mencari huruf dan perkataan. 

 

 

Gambar: Ahli kumpulan sedang menghasilkan asas grafik


Gambar air terjun telah dipilih sebagai elemen mudah. Hal ini dikatakan dikatakan demikian kerana, gambar air terjun mudah difahami oleh pembaca sekiranya melihat gambar tersebut. Selain itu, gambar masjid yang dipilih mempunyai elemen asas grafik teks. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemandangan masjid tersebut mempunyai font tulisan yang sesuai untuk pemandangan tersebut. 

Aspek pemilihan warna tulisan dan saiz font yang sesuai dengan warna pemandangan yang seakan-akan senja serta pemandangan masjid tersebut terpancul ke atas permukaan air. Seterusnya, gambar make-up di pilih kerana mempunyai elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, elemen warna terdapat dalam gambar tersebut. Tambahan pula, warna yang dipilih bersesuaian dengan set lengkap alat solek yang terdiri daripada pelbagai warna dan berlatarbelakangkan warna coklat. 







          
Gambar: Elemen asas grafik yang telah kumpulan kami pilih


Bagi elemen keseimbangan, kumpulan kami telah memilih gambar sebatang pohon yang berlatarkan warna coklat berlatarkan masa senja. Hal ini dikatakan demikian, terdapat unsur teks disebelah kanan untuk menyeimbangkan gambar sebatang pohon tersebut. Elemen terakhir yang dipilih ialah kesesuaian dan gambar yang dipilih ialah persisiran pantai. Hal ini dikatakan kerana, gambar  persisiran pantai amat bersesuaian dengan latar yang dipilih iaitu berlatarkan persisiran pantai dan diwarnai dengan warna kebiru-biruan langit dan air laut. Batu-batu coklat yang berada di pantai lebih menunjukkan kesesuai ke atas gambar tersebut. 

Gambar: Citra Purnama Production

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada yang membaca. Terima kasih๐Ÿ’—๐Ÿ˜„

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri