PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER
5 Perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter: 1. Kajian Bicen dan Cavus (2012), pelajar mempunyai tabiat dalam menggunakan twitter iaitu menyatakan rutin hariannya dan emosi mereka serta gemar menggunakan twitter dalam proses pembelajaran. Manakala Facebook pula kajian menyatakan bahwa Facebook merupakan cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal seperti dalam kajian Madge, (2009) 2.Elavsky, Mislan dan Elavsky (2011) pula menyatakan bahawa twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat yang akan diperoleh. Dalam kajian Facebook pula, Blattner dan Fiori (2009), menyatakan bahawa facebook mampu memudahkan untuk berimteraksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan di Facebook. 3.Kajian twitter yang dijalankan dalam kelas oleh Junco (2010), kesan twitter pada penglibatan pelajar kolej dan kejayaan mereka. pelajar akan melibatkan diri dalam proses pembel...