CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Cerita Sosial 5: Jiran

3 nilai yang terkandung dalam cerita sosial 5 ini ialah:

1. Membaca
2. Berkongsi
3. Kasih sayang

Gambar: Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 5

Nilai yang pertama ialah nilai membaca. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim yang suka mengamalkan budaya membaca akan membaca buku pada waktu petang dan malam. Alim yang amat suka akan buku sentiasa menyusun dan mengemaskan bukunya mengikut abjad. Bukan Alim sahaja yang gemar membaca buku, jirannya iaitu Sulaiman jug suka membaca buku. Walaupun, mereka berdua baru berusia 9 tahun, namun membaca buku itu merupakan hobinya yang sering dilakukan. Nilai kedua pula ialah berkongsi. Alim dan Sulaiman seorang yang pemurah. Mereka berdua suka berkongsi antara satu sama lain. Misalnya, Alim memberikan buku ceritanya kepada Sulaiman. Manakala, Sulaiman juga suka berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim. Nilai yang ketiga ialah kasih sayang. Hal ini dikatakan demikian kerana, abang, kakak dan adik Alim berasa sedih kerana melihat Alim yang suka membaca menjadi seorang yang pendiam. Mereka bertiga sentiasa menemani Alim di bilik ketika Alim jatuh sakit. Sehubungan itu, ia menunjukkan kasih sayang antara adik beradiknya. Mereka bertiga juga sentiasa bercerita dengan Alim ketika Alim sedang sakit. Mereka ingin  melihat Alim kembali pulih seperti sediakala.



RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

BBM3410Satu2020: Tentang Diri