CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

CERITA SOSIAL 4

NILAI:
1. BERDIKARI
2. MENGHORMATI
3. BERKONGSI

Gambar: cerita sosial 4


Cerita sosial 4 ini menceritakan tentang kanak-kanak yang bernama Alim, cerita ini mengandungi 3 nilai iaitu berdikari, menghormati dan berkongsi. Nilai yang pertama ialah berdikari. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim pandai mengemas katilnya sendiri sebelum dia pergi ke sekolahnya. Alim mengemas katilnya tanpa disuruh ibunya. Oleh itu, Alim seorang yang berdikari. Selain itu, nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini ialah ,menghormati. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim menundukkan sedikit badannya apabila dia berjalan di hadapan orang tua. Alim juga menghormati gurunya iaitu Cikgu Anis kerana sentiasa mendengar kata dan araha  daripada Cikgunya dan Cikgu Anis lah yang mengajarnya untuk hormat kepada orang tua. Nilai seterusnya ialah nilai berkongsi. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada hari lahirnya, Alim berkongsi kek cawannya dengan rakannya yang lain. Sehubungan dengan itu, Alim seorang yang suka berkongsi sesama rakannya. 


RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri