BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

Terdapat 3 nilai yang terkandung dalam cerita ini:
1. Membantu
2. Baik hati
3. Kesabaran

Pada pendapat saya, nilai pertama ialah membantu. Hal ini dikatakan demikian kerana, cerita ini menunjukkan sebuah keluarga yang bahagia yang mengamalkan sikap bantu membantu antara ahli keluarga. Misalnya, Alim dan adik beradiknya akan menolong keluarga mereka membuat kerja rumah. Contoh, Alim mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai setelah bermain. Manakala untuk nilai kedua pula ialah baik hati. Hal ini dikatakan demikian kerana, Abang Alim iaitu Imran akan menolong Alim dengan menunjukkan cara untuk menyapu sampah dengan betul. Sehubungan dengan itu, menunjukkan bahawa Imran baik hati kerana membantu Alim untuk menyapu sampah. Seterusnya, nilai kesabaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim kadangkala tidak dapat menyelesaikan kerja rumah. Walau bagaimanapun, Alim akan cuba memahami kerja rumah yang biasa dilakukan oleh keluarganya. Oleh itu, Alim sentiasa bersabar dalam menyiapakan kerja rumah dengan menyapu sampah dan menghabiskan kerjanya dengan senyuman. Berikut merupakan halaman cerita sosial 3:





RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri