BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

CERITA  SOSIAL 2

3 Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2:
1. Kebersihan
2. Berkongsi
3. Berterima kasih dan menghargai

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2 yang telah digariskan:


Gambar : Nilai

Pada pendapat saya, terdapat beberapa nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 ini, saya telah menggariskan tiga nilai yang penting. Antaranya nilai kebersihan. Hal ini dikatakan demikian kerana, Ibu Alim menyediakan tong sampah untuk mereka sekeluarga buang sisa buah-buahan seperti kulit dan biji buah ke dalamnya. Sehubungan dengan itu, Ibu Alim menasihati keluarganya supaya menjaga kebersihan di dalam rumah agar rumah tidak bersepah. Nilai seterusnya ialah nilai berkongsi. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim meminta izin dari ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahannya kepada Sulaiman iaitu jirannya. Oleh itu, cara Alim ini menunjukkan bahawa berkongsi merupakan nilai yang baik yang perlu diamalkan oleh setiap insan terutama sesama jiran tetangga. Nilai terakhir ialah nilai berterima kasih dan menghargai. pada pendapat saya, jiran Alim iaitu Makcik Timah mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian buah-buahan daripada Alim kerana Alim memberikannya untuk berkongsi sesama jiran. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit UMT

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri