Pengenalan Bab 2 Menulis cerita secara indidvidu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014) Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi menngelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017) Gambar: Rujukan Secara ringkasnya, menurut Normaliza Abd Rahim (204), pelajar yang menulis mengenai dirinya secara individu akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap proses penulisannya. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar tersebut merasa rendah diri disebabkan penulisannya akan dibaca oleh khalayak. Sehubungan ...