RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Graf 1 : Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat tiga bahagian dalam keputusan dan perbincangan, setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog berkaitan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Bagi Pengajian Kesusasteraan mengandungi empat elemen iaitu puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Untuk puisi,graf menunjukkan bahawa responden perempuan lebih memilih puisi sebagai medium penulisan di blog. Hal ini dikatakan demikian kerana, menulis puisi dapat menyampaikan kepada seseorang yang istimewa dan meningkatkan bahasa. Selain itu, bagi cerpen, kebanyakan responden lebih memilih cerpen pendek berbanding elemen lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, cerpen pendek adalah tentang cerita menarik kanak-kanak dan mampu untuk berimaginasi tentanf apa yang mereka tulis. Seterusnya, penulisan skrip drama juga mempunyai peratusan yang tinggi berbanding elemen puisi, dan pantun. Hal ini dikatakan demikian kerana, responden dapat berkongsi skrip melalui blog dan membantu menggunakan bahasa dengan betul. Selain itu, penulisan pantun dapat difahami dengan baik oleh orang lain. Genre yang bagus akan sentiasa menambahkan kemahiran mereka untuk menulis. 

 Graf 2 : Blog dalam Pembelajaran Bahasa

Bahagian yang kedua pula merupakan pembelajaran bahasa. Terdapat tiga elemen iaitu penulisa surat, meluahkan perasaan, dan pemikiran kritis. Keseluruhan untuk penulisan surat menunjukkan bahawa responden menulis surat utnuk meningkatkan keyakinan dan lebih bermotivasi dalam penulisan blog. 66.7% merupakan peratusan bagi luahan perasaan. Responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki, kerana wanita lebih sentimental. Hal ini dikatakan demikian kerana,  meluahkan perasaan merupakan medium terbaik untuk penulisan blog untuk dibaca dan difahami oleh orang lain. Selain itu, pemikiran kritis seperti teka-teki menunjukkan responden amat berminat untuk menulis teka-teki di dalam blog. Hal ini dapat memberikan peluang kepada orang lain untuk menyelesaikan teka-teki dan berasa teruja untuk mencipta teka-teki yang baharu.



Graf 3 : Blog dalam Pembelajaran Teknologi

Bahagian ketiga, Pembelajaran Teknologi terbahagi kepada video, audio dan gambar. Bagi video, kesemua responden memberi kepuasan iaitu 100%. Hal ini dikatakan demikian kerana, video yang dipilih dapat kebiasaannya menjadi kegemaran mereka. Selain itu, bilangan peratusan untuk audio ialah 100%. Responden memasukkan audio di dalam blog kerana mengandungi lagu kegemaran mereka. Secara automatik lagu tersebut akan dimainkan ketika blog dibuka.  Audio yang dimasukkan merupakan lagu sentimental yang dapat memberikan inspirasi ketika menulis di dalam blog. Bagi gambar pula, peratusan wanita lebih tinggi (100%) berbanding lelaki (93%) kerana wanita lebih gemar mengambil gambar dan memasukkannya ke dalam blog. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar yang dimasukkan ke dalam blog dapat menjadikan penulisan itu lebih menarik.  



Rujukan/Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri