MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Terdapat beberapa manfaat penggunaan Instagram di dalam buku Eh!!! Media Sosial. Menurut Noaraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Instagram dapat menunjukkan impak yang positif terhadap penggunaan rangkaian sosial terutama dalam kalangan generasi muda. Selain itu, pengguna Instagram lebih obses dengan selfie menggunakan telefon bimbit dan memuat naik ke dalam Instagram kerana memberi manfaat bagi tujuan pembelajaran. Seterusnya, gambar yang dimuat naik dapat dilihat dan dijelaskan oleh pengguna melalui komen atau kapsyen. Sehubungan itu, dapat menjurus kepada pemahaman yang lebih baik kepada penerangan yang ditulis. Selain itu, instagram dapat membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan menontonb cerita pendek instagram pengguna lain dalam akaun instagram mereka. Cerita pendek juga telah memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan kepada pengguna instagram lain. Akhir sekali, Instagram dapat membantu mereka mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu serta mencipta aura positif dalam video. 

Rujukan/Binbliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia 

Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri