BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik mengandungi beberapa bahagian iaitu elemen asas grafik, kepentingan asas fotografik, dan asas fotografi.

Gambar: Elemen Asas Grafik

1. Mudah
-apabila seseorang melihat sesuatu foto itu, seseorang itu memahami gambar tersebut dan mudah untuk memahami gambar tersebut. Misalnya, gambar sebatang pokok yang daunnya warna hijau dan rimbun. Mudah seseorang itu kenali gambar itu adalah pokok.

2. Warna
-Warna yang terdapat dalam sesebuah foto itu mempunyai kombinasi warna yang menarik. Misalnya, gambar pemandangan pantai di waktu pagi. Langit berwarna biru, pantai berwarna hijau kebiruan dan pasir berwarna putih.

3. Teks
-jenis tulisan dan saiz tulisan yang digunakan dalam sesebuah foto. Hal ini membuatkan mesej dalam gambar tersebut dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Misalnya, membuat potongan harga . Potongan harga ditulis dengan saiz dan tulisan yang besar seperti Diskaun 50%. Hal ini dapat memberi mesej kepada orang lain.

4. Kesesuaian
-sesuatu grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, masa, yang ada dalam gambar atau video. Contoh, Seorang perempuan duduk di tepi pantai di waktu senja. Mengandungi warna yang bersesuaian dengan latar dan masa. Serta mempunyai tulisan seperti "Suara Ombak"

5. Keseimbangan
-merujuk kepada ruang dalam foto, sama ada di kanan, kiri,atas, bawah untuk memberi keseimbangan kepada gambar. Misalnya, pemandangan pantai, di tepi pantai kanan mempunyai pokok kelapa yang banyak, mankala sebelah kiri mempunyai tiga batang pokok kelapa dan mempunyai sebuah perahu. Gambar tersebut seimbang kerana, sebelah kanan dipenuhi dengan pokok kelapa dan sebelah kiri terdapat 3 batang pokok dan perahu.

 Gambar: Kepentingan Asas Grafik




Gambar: Asas Fotografi


RULES OF THIRDS
- Teknik fotografi yang penting. teknik ini digunakan untuk memberi kesan keseimbangan pada gambar yang diambil. Hal ini dikatakan demikian kerana, rules of thirds mempunyai garisan-garisan grid untuk memudahkan seseorang mengambil gambar dengan seimbang.


Rujukan/Bibliografi

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

BBM3410Satu2020: Tentang Diri